Khamis, 25 Mac 2010

Kursus Asas Koperal (2)

Kursus Asas Koperal yang dirancang oleh Sekretariat KRS SKKJ sudah semakin hampir menjadi kenyataan. Perancangan awal, kursus ini akan dijalankan pada 1 hingga 3 April 2010. Walaupun pegawai-pegawai KRS yang ada berada dalam keadaan sibuk dengan tugasan masing-masing, namun usaha untuk melaksanakan aktiviti KRS di SKKJ masih tetap dijalankan.

Pada perancangan yang sudahpun dikenalpasti, kursus ini akan dijalankan ke atas 20 orang anggota yang layak. Pengujian yang akan dilaksanakan pula ialah dari segi ujian kawad kaki, pengucapan awam, bantu mula, tali temali, bacaan surah dari ayat lazim, dan kecergasan.

Difahamkan bahawa mesyuarat pengurusan di peringkat sekretariat nanti akan memutuskan untuk menjemput salah seorang daripada pegawai Sekretariat KRS Negeri untuk melaksanakan upacara penutup dan pemakaian pangkat. Walau bagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan kerana masih menunggu kepulangan Komandan KRS SKKJ yang masih berada di UM ketika ini.

Diharap, perancangan untuk melaksanakan kursus ini akan dapat dijalankan nanti dengan jayanya...

Rabu, 24 Mac 2010

Kursus Asas Koperal

Sekretariat KRS SKKJ akan mengadakan Kursus Asas Kenaikan Pangkat bagi pangkat Lans Koperal dan Koperal kira-kira dua minggu lagi. Kursus ini dianjurkan untuk memberi penilaian awal kepada anggota prebet TKRS yang telah berjaya mendaftar dan mengikuti latihan mingguan sekurang-kurangnya 10 jam.

Dalam kursus ini anggota TKRS akan diajar dan diberikan penilaian terhadap beberapa perkara iaitu kawad kaki, bantu mula, ilmu tali-temali, kecergasan fizikal, pengucapan awam, bacaan dalam solat, dan ujian solo camping.

Kepada semua anggota berpangkat prebet dari kelas tahun 4 dan 5 dicadangkan untuk mengikuti kursus ini kerana banyak pendedahan yang berguna yang akan dapat diperolehi nanti.

Maklumat lanjut berkenaan dengan kursus ini akan disusuli kemudian.